LANGKAWI SKYCAB




Langkawi SkyCab merupakan antara produk pelancongan terkenal di Langkawi sebagai kereta kabel tercuram di dunia dan ditambah nilai tarikan menerusi pengenalan empat Gondola 360 pada tahun lalu. Gondola menggunakan teknologi dari Switzerland itu memberi pengalaman baharu di pulau legenda yang bertepatan dengan sasaran pengunjung 40,000 sebulan.

 Gondola 360 adalah produk terbaharu dari Panorama Langkawi bagi memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchang yang tingginya 708 meter. Apabila menaiki Gondola 360, pengunjung dapat merasai udara yang nyaman dan berpeluang melihat keindahan Gunung Machinchang dengan lebih jelas lagi.

Selain itu, gondola turut dilengkapi lantai kaca bagi pengunjung melihat terus ke bawah seperti merentasi Gunung Machinchang yang merupakan gunung tertua di Asia Tenggara yang berusia 550 juta tahun. .Gondola Lantai Kaca pula mempunyai lantai kaca telus di mana penumpang dapat melihat pemandangan sekeliling, atas dan bawah dan boleh memuatkan enam orang penumpang. Bagi Gondola VIP, ia adalah gondola mewah dengan tiga bucket seat untuk penumpang yang inginkan privasi.

Sementara itu, sepanjang perjalanan selama 15 minit, penumpang dapat melihat pemandangan hutan semula jadi yang menghijau dari udara. Malah apabila berada di kedudukan semakin tinggi, lautan dan pulau-pulau kecil di perairan Langkawi mula kelihatan. Penumpang juga dapat menyaksikan pelbagai jenis pokok-pokok apabila ketinggian berbeza serta struktur batuan yang mengagumkan.

Sementara itu, terdapat tiga stesen kereta kabel iaitu Stesen Bawah di mana stesen pertama penumpang mula menaiki gondola diikuti Stesen Tengah iaitu tesen kedua untuk bergambar dan akhir sekalii Stesen Atas yang merupakan stesen terakhir iaitu lokasi utama untuk melihat pemandangan.  Tarikan utama di puncak adalah SkyBridge atau jambatan gantung yang merupakan sebuah jambatan berbentuk melengkung. Jambatan itu digantung pada sebuah tiang menara setinggi 82 meter. Ia merentasi dua puncak dengan ketinggian lebih-kurang 100 meter dari tanah dengan panjang jambatan dari hujung ke hujung ialah 125 meter.

No comments:

Post a Comment