Menarik di Pantai Cenang, Langkawi | Pantai Cenang merupakan lokasi utama di Langkawi. Mungkin Pantai ini tidak sehebat Pantai Maldive tetapi ia adalah pantai paling maju di Malaysia, memiliki pantai dengan campuran pasir putih yang cantik, perairan biru kristal dan kawasan yang mendamaikan dengan udara yang nyaman.
Di Pantai Cenang terdapat banyak lokasi penginapan dan merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk bermalam. Apabila senja dan matahari terbenam, ramai pelancong akan membanjiri jalan utama di sekitar pantai cenang untuk sesi makan malam.
Pantai Cenang juga adalah kawasan yang paling popular di mana terdapat banyak kedai-kedai makan tempatan dan antarabangsa, kompleks membeli-belah bebas cukai, dan resort mewah yang terletak di sepanjang pantai yang cantik.
Dengan pengunjung yang tidak terkira ramainya berehat di tepi pantai dan menikmati rawatan spa dan urut, Pantai Cenang adalah tempat terbaik untuk berjemur dan mencuba sukan air yang menarik seperti jet ski dan parasailing.
Untuk keluarga dengan kanak-kanak, Pantai Cenang juga menempatkan dua tarikan yang terkenal, iaitu Underwater World Langkawi dan Muzium Laman Padi. Selain itu, Pantai Cenang menyediakan tempat untuk dilawati sekitar pantai yang mesra pelancong ini, di mana kawasan rehat dan santai sepanjang hari seperti Castaway Picnic – Casa del Mar, Pasar Malam Khamis Temoyong, Spa Alun-Alun dan Kelab Kiki di Meritus Pelangi Beach Resort.
Sekilas Aktiviti-aktiviti Menarik di Pantai Cenang
- Parasiling
- Jetski
- Mandi-Manda
- Makan Malam sekitar Pantai Cenang
- Underwater World Langkawi
- Spa Massage
- Bersantai
No comments:
Post a Comment