Masa cuti yang terluang boleh diisi dengan banyak aktiviti yang berfaedah. Bila musim cuti sekolah, pasti para pembaca berfikir tentang pelbagai destinasi menarik yang boleh dikunjungi. Di Malaysia ni banyak lokasi menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Bagi yang gemarkan aktiviti luar, apa kata kalau anda pergi pantai? Aktiviti ini bukan sahaja untuk pencinta alam.
Berkelah dan beriadah di hujung minggu sebenarnya menyeronokkan kerana kita dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang di samping beristirehat, bukan sahaja di tepi pantai, tepi sungai atau dekat air terjun, tepi tasik pun boleh berkelah asalkan tempat yang dipilih itu sesuai. Jangan lupa sediakan tikar mengkuang untuk bersantai.
1. Menikmati pemandangan
Pepatah mengatakan, jauh perjalanan luas pemandangan. Banyak perkara yang dapat dilihat apabila kita banyak merantau. Jika kawasan berkelah itu penuh dengan pasir dan laut biru, pastinya mendatangkan ketenangan jiwa dan minda serta menjadi tempat untuk mendapatkan ketenangan.
2. Barbeku (BBQ)
Pantun ”gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati” sangat terkenal dan sering dikaitkan dengan perut yang kenyang selepas makan. Selain membawa bekalan makanan dari rumah seperti nasi bersama lauk-pauk, roti dan biskut, barbeku (BBQ) juga tidak ketinggalan.
Ia antara aktiviti wajib ketika berkelah. Anda memerlukan arang, gril pemanggang, mancis atau lighter, kipas tangan dan makanan yang siap diperap semalaman.
Pelbagai makanan boleh dipanggang seperti ayam, daging, sosej dan makanan laut. Bila makan ramai-ramai, barulah meriah dan berselera. Semuanya sedap, ditambah pula dengan perut yang berkeroncong selepas mandi-manda. Jangan lupa bawa botol air, pinggan dan cawan plastik.
Cadangan Set BBQ: Set BBQ Mudah Alih Bersama Arang
3. Mandi-manda
Bawa pakaian renang untuk mandi dan baju ”spare” untuk salin selepas mandi. Kalau perlu, bawa sekali pelampung dan goggle. Mandi-manda dan dapat berendam di dalam air memang seronok tetapi anda mestilah sentiasa berwaspada ketika mandi untuk mengelakkan risiko lemas. Jangan pergi ke tempat yang dalam kalau tak tahu berenang. Jika hujan turun, berhenti mandi-manda dan keluar dari air dengan kadar segera.
4. Gotong-royong
Selalunya tong sampah disediakan di tempat tumpuan pelancong untuk memudahkan pengunjung membuang sampah selepas berkelah. Kita bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata.
Sikap bertanggungjawab akan menanam kesedaran dan menjadi contoh kepada anak-anak supaya sama-sama melindungi alam pada masa akan datang yang menjadi warisan negara. Penyedut minuman, botol kaca dan plastik, pembungkus makanan, beg plastik, sudu dan garfu selalu digunakan ketika berkelah dan sampah-sarap ini sering dibuang di merata tempat.
Puntung rokok juga dibuang merata-rata oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Kita mesti memulihara dan memelihara alam sekitar. Ada sampah yang boleh dikitar semula. Bawa plastik sampah untuk membersihkan kawasan sekitar selepas berkelah.
Kutip dan kumpulkan sampah plastik makanan, kotak dan botol minuman ke dalam plastik sampah yang anda bawa. Bawa pulang semua yang anda telah bawa dan jangan tertinggal apa-apa. Bila kawasan itu indah, tak tercemar dan bersih, mesti kita nak berkunjung lagi ke tempat yang sama di masa akan datang.
5. Memancing
Ada yang memancing untuk suka-suka dan ada pula yang memancing untuk membawa pulang hasil tangkapan segar atau dibuat BBQ. Memancing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan tidak terburu-buru. Bawa joran, benang, mata kail, fishing reel dan umpan hidup seperti cacing dan katak atau umpan tiruan.
Pakai topi untuk mengelakkan panas. Jika anda kaki pancing dan gemar memancing, cari lubuk memancing atau “hotspot” yang popular. Sesetengah orang memilih untuk memancing di tempat yang sunyi dan tidak ramai orang kerana dikhuatiri ikan lari apabila ada bunyi bising.
6. Bola tampar pantai (volleyball)
Suasana sekeliling akan jadi riuh-rendah dengan permainan volleyball atau bola tampar. Bolanya ringan, tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Volleyball amat popular dan melibatkan semua peringkat umur tanpa mengira jantina.
Akan ada dua kumpulan iaitu penentang dan pertahanan di mana sebiji bola dilambung lalu ditampar dengan kuat. Bola perlu disambut. Kalau bola terkeluar, dikira kalah. Seorang akan menjadi pengadil. Ada yang bermain volleyball di kawasan yang cetek dan juga di persisiran pantai.
10. Bergambar
Zaman moden ni kalau tak ambil gambar memang tak sah. Gambar dan detik-detik manis yang diambil boleh disimpan sebagai kenangan. Ada yang berkongsi dan memuatnaik gambar perkelahan bersama keluarga di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tik Tok dan sebagainya. Kamera canggih boleh menangkap gambar yang berkualiti tinggi tetapi harga kamera sangat mahal dan tidak semua orang mampu memiliki kamera.
Walau bagaimanapun, gambar tetap boleh ditangkap menggunakan telefon pintar jika anda tidak memiliki kamera. Kebanyakan telefon pintar masa kini mempunyai kamera yang cantik dan kualiti gambar setanding dengan kamera mahal. Berhati-hati dan jaga keselamatan ketika mengambil gambar. Anda juga boleh tingkatkan skill fotografi bila belajar tentang camera angle atau sudut mana yang terbaik untuk sesuatu gambar.
No comments:
Post a Comment